Kau Sayangku
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd. [2005]
ISBN: 9831242068
Sem. Malaysia RM17.00
ISBN: 9831242068
Sem. Malaysia RM17.00
Sabah/Sarawak RM20.00
Kau Sayangku mengisahkan seorang gadis yang pada zahirnya
seorang yang periang, tapi di sebalik gelak ketawa, senda guraunya, tersimpan
satu kisah yang agak pahit untuk ditelan. Adik kembarnya telah pergi bersama
cinta yang tidak kesampaian dan keluarganya telah dibenci oleh ibu saudaranya
sendiri.
Kehadiran Eddy Sham dan Akif Zamani telah mengocak jiwa remaja Arisa. Kedua-duanya mempunyai personaliti yang menarik dan berkarisma. Mereka mempunyai impian yang sama iaitu ingin memberi dan menerima cinta. Tapi sayang... satu hati hanya berhak untuk satu jiwa. Lantaran, Eddy Sham terpaksa mengalah dan membiarkan Akif zamani meraikan kemenangan cintanya. Sayang sekali... di saat cinta sampai ke puncak, sesuatu yang tidak diingini terjadi.
Redakah Akif menerimanya? Berjayakah Arisa mempertahankan cinta sedangkan nasib cintanya di tangan orang lain?
*Berkait: Sambutlah Cintaku ~ Nak kenal siapa Aiman dan Datul yang dimunculkan di sini? Dapatkanlah novel ini untuk kenal mereka dengan lebih dalam.
No comments:
Post a Comment