GB0191 : Memilih Untuk
Bahagia
Pengarang : Nor Hayati Sapii
Tebal : 276 m/s
ISBN : 978-930-097-349-4
Harga : RM19.00 S/M dan RM21.00 S/S
Ramai daripada kita yang berasa tidak bahagia
malah kecewa dengan pasangan suami dan isteri masing-masing. Kadang- kadang,
perkara yang menjadi punca rasa tidak bahagia itu adalah suatu perkara yang
kecil sahaja. Suami pula biasanya banyak complain menangani isteri yang
suka berleter. Saya amat tertarik dengan kata-kata Yang Berbahagia Ustaz Badli
Shah Alauddin dalam satu rancangan televisyen menangnai isteri yang berleter.
Kata beliau, 'Kalau isteri berleter, maknanya dia sihat!'
Isteri yang sekali sekala dapat berleter akan
berasa lega kerana tidak lagi menyimpan bebanan perasaan, semuanya sudah
diluahkan. Alangkah baiknnya jika suami-suami di luar sana bersetuju dengan
kenyataan ini.Sekurang-kurangnya anggaplah leteran isteri itu sebagai 'pemanis
telinga'. Sesekali, kajilah juga leterannya itu yang mungkin ada asasnya dan
membawa kebaikan. Seseorang isteri tidak akan berleter tanpa sebab.
Kita sering mengeluh dengan ujian
yang menimpa, walhal kita boleh memilih untuk bahagia biarpun di kelilingi
pelbagai masalah dan dugaan . Pilihan di tangan kita sendiri sama ada mahu
derita atau mahu bahagia.
Ada orang mempunyai harta yang
melimpah, namun tidur malamnya jarang nyenyak. Pelbagai perkara yang membelenggu
fikirannya. Ada orang yang hidupnya tidak berharta, tetapi malamnya dia boleh
tidur nyenyak dan selesa. Menarik bukan? Itulah sebahagian tanda keadilan Allah.
Namun jarang kita perasaan jika kita renungkan dengan mendalam.
Memilih untuk bahagia adalah buku
motivasi. Pelbagai bentuk ujian manusia. Ujian rumah tangan, ujian saudara-mara,
ujian persekitaran, ujian di tempat kerja, ujian kemiskinan dan lain-lain.
Semuanya terletak pada diri sendiri untuk bertindak mencari kebahagian dan
meninggalkan derita. Asasnya adalah berpegang teguh pada agama Allah.
No comments:
Post a Comment