Tajuk Buku : Uda dan Dara
Penulis : Aisya Sofea
Penerbit : Alaf 21
547 mukasurat
Sinopsis Belakang Buku:
Sudah sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar
cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu
yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si
uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang
terjadi.
Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya
terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang
perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki
itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk
memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan
syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi
hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak
peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya
bersama Siti Mariam sangat kuat.
“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi,
dan abang takkan sia-siakan Mar.”
No comments:
Post a Comment