KATEGORI: TARBIAH ROHANI
ISBN: 978-983-097-430-9
KOD: GB0257
HARGA: RM22/RM24
TEBAL: 320
Gagal dalam
kematian jauh lebih teruk daripada gagal dalam peperiksaan. Anda boleh gagal
dalam hidup, tapi jangan sampai gagal dalam kematian! Maksudnya, jangan sampai
kita mati dan tercatat sebagai orang yang gagal di sisi Tuhan.
Maka belajarlah daripada kematian. Banyak-banyaklah mengingati kematian.
Buat persediaan yang matang untuk menghadapi kematian.
Jangan lupakan kematian, kerana kematian tak pernah melupakan kita.
Jangan lupa untuk mengambil pelajaran daripadanya, kerana kelupaan itu akan
menjadi penyesalan yang besar pada hari kemudian. Jangan tak bersedia dalam
menghadapinya, kerana kematian selalu mengintai dan bersedia untuk mencabut
nyawa kita.
Jangan tunggu lagi. Ambillah pelajaran sekarang juga. Buat persediaan
secepatnya. Agar pada akhirnya kita mampu menjadi seorang pemenang yang sejati.
Seorang pemenang yang mendapat iktiraf daripada Khalik, bukan sekadar iktiraf
daripada makhluk.
No comments:
Post a Comment