SINOPSIS KELUAR DARI TEMPURUNG 2
Pendekatan Praktikal
Menangani Masalah
Tajuk :
KELUAR DARI TEMPURUNG 2
Pendekatan Praktikal Menangani
Masalah
Pengarang :
Ahmad Faizal Mohamed Yusup
Terbitan : Utusan
Publication and Distributors Sdn Bhd
Genre : Motivasi
Harga : RM16.00
Kecemerlangan insan akan dapat dikecapi bila kita mempunyai sikap yang
positif dan dapat menangani semua masalah yang mendatang dalam kehidupan dengan
mudah dan tenang sejajar dengan objektif buku ini. Masalah sebenarnya merupakan
bebanan atau halangan bagi kita mencapai kecemerlangan kehidupan jadi kita perlu
mempersiapkan diri dengan ilmu yang kukuh bagi mengatasinya dengan cekap dan
cepat.
Kebanyakan buku motivasi yang ada ditulis oleh Pakar Motivasi Barat yang
melihat isu motivasi ini samaada dari sudut Sosiologi ataupun Psikologi. Pakar
Motivasi tempatan pula ada yang mencakup ilmu dari bidang yang sama sambil
menerapkan nilai-nilai murni Islam di dalamnya. Buku-buku motivasi yang ada juga
secara asasnya mendedahkan kaedah menangani masalah yang diasaskan oleh
sarjana-sarjana Barat yang tidak berapa sesuai perlaksanaannya di negara ini.
Pada masa yang sama ada juga yang menggunakan kaedah penyampaian dengan
pengisian generasi terdahulu yang tak berapa sesuai untuk generasi kini kerana
perubahan budaya yang telah berlaku.
Kalau penanaman pokok dahulunya dianalisa dari sudut saintifik,
baru-baru ini satu kaedah baru telah dibentuk yang dinamakan bioteknologi yang
menganalisa tumbuh-tumbuhan dari sudut kejuruteraan. Begitu jugalah dalam bidang
motivasi. Buku di Luar Tempurung, menangani masalah ini berbeza dari buku
motivasi yang lain kerana pengarang menganalisa bidang motivasi dari sudut
pelaburan dan bukannya sudut saintifik dengan itu menambah kepelbagaian dalam
bidang ini untuk dimanfaatkan bersama.
Buku ini mempunyai pelbagai pengisian dan sesuai untuk pembacaan umum
juga remaja kerana pengarang menyajikan konsep-konsep mudah dalam isu menangani
masalah seperti Konsep Puting Beliung, Konsep Perigi, Konsep Zon dan yang
lainnya yang mudah difahami dan diaplikasi bersesuaian dengan keadaan dan
kehendak semasa. Disamping itu juga ia padat dengan pengisian berbentuk inovasi
pengembangan ilmu yang mampu mengasah minda pembaca untuk berfikir dari luar
tempurung kebiasaan.
No comments:
Post a Comment