Kasutku Dari Itali, Awak Ada?
Terbitan Buku Prima
[2012]
ISBN : 9789670184845
Sem. Malaysia : RM18.00
Sabah/Sarawak : RM21.00
ISBN : 9789670184845
Sem. Malaysia : RM18.00
Sabah/Sarawak : RM21.00
Novelet Merah Cinta Kita 6 ini mengandungi 5
cerita pendek. Kisah kehidupan remaja pelajar sekolah yang penuh insiden ceria,
nilai persahabatan yang sejati, kasih sayang dalam keluarga dan guru penyayang.
Paparan kisah kehidupan remaja berusia belasan
tahun digarap dengan bahasa santai dan terkini ini diselitkan dengan gambar
hiasan berwarna sepenuhnya. Tidak rugi beli dan adik-adik pasti enjoy!
Kasutku Dari Itali, Awak Ada?
Bila orang minta derma, tak pernah nak derma.
Kedekut. Selalu dia beritahu aku kasut dia dari Itali, beg GUCCI, minyak wangi
DIOR, cermin mata PRADA, pakaian sukan NIKE. Pendek kata semua dari luar negeri
dan yang berjenama mahal-mahal. Aku dengar dia nak jadi model apabila lepas SPM
nanti. Gila glamor agaknya dia tu...
Yeay, Kita Dapat Emak Baru!
“Dia mahu peluang untuk menyayangi saya dan
Eisya. Dia fikir saya tak tahu, dia hanya mahukan ayah. Apabila dia dan ayah
sudah berkahwin, apa akan jadi dengan saya dan Eisya? Dia hanya mahukan ayah
sebenarnya. Saya tahu.”
Kau Adik, Aku Abang!
Pandai juga lelaki dari ‘Kutub Selatan’ itu
memohon maaf! Ops…kini saya perlu belajar berlembut kepadanya. Dia kan abang
saya! Frasa itu perlu saya terapkan dalam diri, supaya saya tidak akan menjadi
seorang pembenci lagi. Yang paling penting saya tidak akan menganggap Kyril
Rayyan sebagai pengembara dari ‘Kutub Selatan’ lagi.+ Seronok juga ada abang.
Biarlah ‘angin-angin antartika’ itu berlalu pergi dan meninggalkan Kyril Rayyan
di ‘Kutub Utara’ tanpa sebarang gangguan.
Shahira Diva Sekolah
Sebenarnya aku amat suka menjadi tumpuan ramai!
Aku nak semua orang sanjung aku. Aku yang paling bijak, paling cantik dan paling
disayangki semua warga sekolah. Jangan ada orang lain cuba memintas aku!
Rania Obses Manik
“Aku akan pastikan engkau tak berhak menyertai
pertandingan ini. Engkau curi karya orang lain!” Vincent bersuara hamper
menjerit.
“Aku layak, Vincent, dan sebab itu aku
terpilih. Daripada lukisan yang tak sempurna berbanding dengan lukisan yang
cantik di mata, aku yang terpilih. Aku, Rania, penyelamat Kelab Manik,
terpilih!” sahut Rania.
No comments:
Post a Comment