Tajuk Buku
: Awek Abang Poyo
Penulis : Ummu Wafa
Penerbit : Alaf21
Sinopsis Belakang Buku:
Penulis : Ummu Wafa
Penerbit : Alaf21
Sinopsis Belakang Buku:
Kasdina Alya - Seorang
gadis cun, cekal dan bersemangat waja. Bersendirian mengharungi suka-duka
kehidupan di kota London.
Anas Irfan - Jejaka
handsome yang poyo giler. Buat part-time di tempat yang sama dengan tempat
Kasdina bekerja. Walaupun munculnya cuma dua hari dalam seminggu, namun
kewujudannya sudah cukup membuatkan Kasdina sesak nafas dan huru-hara.
Suatu hari, Anas
menyelamatkan Kasdina daripada dilanggar kereta. Pertolongan tersebut diwartanya
sebagai hutang, dan Kasdina perlu membayar dengan dipaksa menyamar menjadi
kekasihnya. Tujuannya adalah untuk ditunjukkan pada ibu bapanya yang sedang
bercuti di UK, yang dia ada awek lawa yang boleh dijadikan
menantu.
Takdir berlaku tidak
seperti yang dirancang. Ibu bapa Anas terus tertarik dengan Kasdina sebaik saja
mereka melihat keperibadiannya. Masalah sedia ada bertambah rumit, bila mama
Anas menyarungkan cincin bertunang ke jari manis Kasdina. Tidak semena-mena, dia
telah menjadi tunang brader poyo itu dalam sekelip mata. Kacau, memang jiwanya
bertambah kacau. Hatinya bertambah sakit bila mat poyo tu selamba saja setuju
dengan pertunangan ‘mee segera’ itu.
Ulasan:
Ini merupakan buku
pertama nukilan Ummu Wafa yang saya baca. Bagi saya jalan cerita keseluruhan
agak sampoi dan menarik. Tak meleret-leret dan mudah difahami.
Bermula dengan Anas dan
Kasdina yang bekerja ditempat yang sama. Anas dan Kasdina kedua-duanya memendam
rasa tapi mereka selalu bertekak dan bertegang lidah bila bertemu. Keegoan
masing-masing telah membawa mereka pulang ke Malaysia. Selepas pulang ke
Malaysia, cerita Kasdina dan Anas terhenti sekejap kerana Kasdina menghadapi
masalah keluarga sehingga membawa Kasdina sekeluarga ke Kuala Lumpur. Kasdina
membuka gerai nasi lemak sebagai permulaan kepada bisness restoran yang
diidam-idamkan. Masa ini juga dia berkenalan dengan businessman yang juga
menaruh perasaan terhadapnya. Dalam masa yang sama juga gerainya selalu dikacau
oleh seseorang.
Pertemuan semula Kasdina dan emak Anas telah merapatkan
mereka semula dan Kasdina tak sangka selama ini Anas selalu
memerhatikannya.
Siapakah yang selalu mengacau gerai nasi lemak Kasdina.
Bagaimana penerimaan Kasdina selepas mereka bertemu semula di Malaysia. Kalau
jodoh tak ke mana. Mereka berdua memang saling cinta mencintai. Walaupun ada
insan lain yang lebih hansem dan lebih hebat menaruh harapan kepada Kasdina,
cintanya pada Anas tak pernah tergugat.
No comments:
Post a Comment