Tajuk :
KELUAR DARI TEMPURUNG
Pembentukan Diri Ke Arah
Kecemerlangan
Pengarang :
Ahmad Faizal Mohamed Yusup
Terbitan : Utusan
Publication and Distributors Sdn Bhd
Genre : Motivasi
Harga : RM14.00
Buku ini secara umumnya ditujukan kepada golongan remaja dan dari
tajuknya Keluar Dari Tempurung ia menunjukkan yang pengarangnya mengajak kita
keluar dari tempurung yang membelenggu diri kita tanpa kita sendiri
sedari.
Menurut penulis buku ini, bangsa melayu datang dari China Barat lebih
seribu tahun dahulu dan mendiami seluruh Kepulauan Melayu dan kemudian menjadi
bangsa-bangsa yang kita kenali sekarang. Pedagang-pedagang India yang berdagang
ke sinilah yang telah membawa agama Islam ke Tanah Melayu dipercayai dibawa ke
tanah melayu seawal kurun ke 13.
Dia juga mempersoalkan sekiranya benar bangsa melayu berasal dari
keturunan Cina sudah pastinya kita merupakan bangsa yang rajin atau mungkinkah
kita merupakan bangsa Cina yang dibuang daerah kerana
kemalasan?
Apa yang ingin diperkatakan ialah dimanakah bermulanya keturunan melayu
yang pemalas yang tidak mempunyai daya saing. Kebanyakan kita mahukan kerja yang
kurang dan ganjaran yang banyak. Kebanyakan kita hanya tahu untuk membuang masa,
berkhayal, merasai cukup dengan apa yang ada, menyalahkan takdir dan sebagainya.
Menurut kata lagenda Hang Tuah "tak melayu hilang di dunia" mungkin akan hilang
kebenarannya kerana globalisasi atau dalam erti kata lain dunia tanpa sempadan
akan mengalahkan kita kerana sikap kita sendiri.
Kemudian beliau menekankan, walaupun 93 peratus daripada rakyat di
negara ini boleh membaca namun tidak ramai yang menggunakan ilmu yang ada ini ke
tahap yang membanggakan. Wang yang diketepikan untuk ilmu pengetahuan tidak
sampaipun 5% daripada pendapatan. Itupun digunakan untuk membeli akhbar harian.
Ada pula yang sibuk mencari pengetahuan-pengetahuan sama ada dalam bidang keagamaan,
kewangan, sosial dan banyak lagi. Buku-buku yang dibeli kebanyakannya
berdasarkan bagaimana untuk mencari kebahagiaan hidup, menjadi cemerlang,
ketenteraman jiwa, menjadi kaya dan sebagainya. Ini dilakukan dengan harapan
dengan ilmu itu kita akan dapat mengubah cara hidup kita kepada yang lebih baik.
Memang tidak dinafikan.
Namun sebenarnya buku ini lebih menekankan kepada ilmu yang paling asas
adalah kesedaran diri kita tentang segala kurnia yang ada pada diri kita sendiri
yang seakan tersembunyi. Katanya, kita sering terperangkap memikirkan apa yang
ada di luar sana yang boleh membawa kebaikan pada kita. Jarang kita memikirkan
tentang kebaikan / kurnia yang diberikan Tuhan kepada setiap seorang daripada
kita. Kurniaan yang dimaksudkan ini ialah kurniaan masa, tenaga, akal fikiran,
pancaindera dan anggota.
Buku ini menghuraikan hal kurniaan tersebut, saranan akan cara
penggunaannya ke tahap yang optima dengan lebih jelas menggunakan gaya bahasa
yang ringkas dan mudah difahami.
No comments:
Post a Comment