Tajuk Buku : Matahariku
Penulis : Aina Emir
Penerbit : KarnaDya
M/S : 537
Sinopsis belakang buku:
Perkahwinan merupakan sesuatu yang menggerunkan, kerana nun jauh di lubuk hati, dia bimbang menjejaki ibunya dan tidak mahu dilabelkan sebagai gadis ‘materialistik’. Pun begitu, kehadiran Khair atau ‘Kai’ sejak remaja lagi, kini mula mengubahkan perasaannya. Kalau dulu dia tidak merasakan Kai itu menarik, kini dia tahu lelaki itu mampu menyinarkan hidupnya. Bukankah mereka serupa sahaja? Malangnya, tiba-tiba sahaja ombak deras datang memukul, lalu mengucar-ngacirkan hidupnya. Syakirah terkapai-kapai dan tidak tahu hendak ke mana. Tahu-tahu dia sudah terperangkap dalam sesuatu yang hampir dekat dengan igauannya!
Penulis : Aina Emir
Penerbit : KarnaDya
M/S : 537
Sinopsis belakang buku:
Syakirah, gadis biasa-biasa yang bertahi lalat di bawah
bibirnya, sekalipun tidak sehebat seorang ratu, tetap istimewa. Keresahan jiwa
telah menjadikan dia gadis ‘nakal’ yang menghabiskan masa di dunia fantasi
‘anime’. Dia juga menjadi ‘pakar mengurat’ di alam maya. Sekalipun umurnya sudah
mencecah kedewasaan, namun cinta dan kasih sayang seorang lelaki tidak pernah
berbunga dalam hidupnya.
Perkahwinan merupakan sesuatu yang menggerunkan, kerana nun jauh di lubuk hati, dia bimbang menjejaki ibunya dan tidak mahu dilabelkan sebagai gadis ‘materialistik’. Pun begitu, kehadiran Khair atau ‘Kai’ sejak remaja lagi, kini mula mengubahkan perasaannya. Kalau dulu dia tidak merasakan Kai itu menarik, kini dia tahu lelaki itu mampu menyinarkan hidupnya. Bukankah mereka serupa sahaja? Malangnya, tiba-tiba sahaja ombak deras datang memukul, lalu mengucar-ngacirkan hidupnya. Syakirah terkapai-kapai dan tidak tahu hendak ke mana. Tahu-tahu dia sudah terperangkap dalam sesuatu yang hampir dekat dengan igauannya!
Kehadiran lelaki yang berketurunan campur itu
meresahkan lagi hidupnya. Mengapa dia harus hadir dan mengelirukan keadaan?
Apakah kuasa yang dia ada untuk melemahkan semangat dan mengecutkan perut gadis
yang kaya dengan keayuan asli itu?
“It’s all about going crazy… and doing crazy thing.”
katanya lagi, “kerana kehadiranmu sinonim dengan cahaya
matahari…”
No comments:
Post a Comment