Ingin Hati Melukis Kata
Terbitan Fajar Pakeer Sdn. Bhd. [2010]
ISBN 9789833880911
Sem. Malaysia RM19.90
Sabah/Sarawak RM22.90
ISBN 9789833880911
Sem. Malaysia RM19.90
Sabah/Sarawak RM22.90
Menjangkau usia yang lewat membuatkan
perkahwinan menjadi tuntutan. Hati mungkin belum dibuka namun hati keluarga yang
sudah terlalu luas bukanya harus dijaga. Atas sebab itulah Ainsya Najma, gadis
yang mendapat gelaran andartu diam menerima pilihan ibu. Begitu juga Ruzaiman,
bujang terlajak akur saja dengan kehendak ibu. Namun tulisan takdir tidak
seiring.
Ainsya Najma, gadis yang hanya tahu setuju,
tiba-tiba menolak perkahwinan yang bakal berlangsung dua minggu lagi. Dia tidak
boleh teruskannya! Dia cuba lari daripada kenyataan, namun kenyataan takkan
pernah tinggalkannya. Dia perlu juga menjadi raja sehari dalam dua minggu
itu—dengan pengantin lelaki berbeza! Dia kenal Solehandin sekian lama, namun
lelaki itu memberi nanar dan kini Raimi hadir untuk cuba mengubati.
Ruzaiman, sukar untuk cinta mengulit hatinya
walau dihidang berpuluh gadis cantik, termasuklah Jazshira, si model lampai
terkenal. Namun, atas kemahuan mama, dia jalinkan juga hubungan, tanpa getaran
dalam hati. Dia tahu tiada cinta untuk Jazshira namun dia terperangkap juga
dalam kancah percintaan ciptaan sendiri, sehinggalah hadirnya Fadxiora,
menggetar hati dan sukma.
Apakah Ainsya Najma akan membuka peluang kedua
untuk Raimi? Adakah Ruzaiman akan mendapatkan cinta Fadxiora yang menggetar
hati? Dan, mungkinkah peluang itu ada untuk insan asing menjadi dekat apabila
hati sudah melukis kata, bahawa cinta sudah ada…?
No comments:
Post a Comment