Suha Kuasa Tiga
Terbitan Fajar Pakeer Sdn. Bhd. [2010]
ISBN : 9789673650439
Sem. Malaysia : RM10.90
Sabah/Sarawak : RM13.90
"Bila bersedih, bila bermasalah, bila perlukan seseorang… kawanlah yang kita akan cari. Kawan akan faham. Kawan akan tenangkan. Kawan akan ada di sisi. Masa tu… awak akan sangat perlukan kawan. Awak kena rasa sesuatu, sebagai kawan, untuk buat apa saja yang perlu untuk kawan tu. Rasa tu… kena ada.”

Kebetulan, nama mereka ada dekatnya. Nasuha,
Suhaid dan Suhail. Namun, nama yang dekat, bakalkah memungkinkan dekatnya
hubungan sebagai kawan?
Tet! Salah sama sekali!
Nasuha sangat tidak sukakan Suhail, hanya
kerana Suhail bersikap kurang diajar kepadanya pada hari pertama dia mendaftar
di sekolah itu. Dia tidak benci, tapi dia sangat tidak suka. Jadi, Suhail musuh
peribadinya. Sedang Suhaid, yang hampir nama adalah kawan tersayang. Walaupun
dia hairan, bagaimana satu huruf belakang itu boleh ubah perasaannya, tapi itu
hakikat.
Jadi, macam mana nak jawab soalan yang musuh
peribadi soal ini, “Kalau macam tu, awak sudi jadi kawan saya?” Tambah pula bila
Suhail mula cuba berbaik dengan Nasuha dan Suhaid, sampai wujudnya satu jeritan
yang sama dari kanopi sukaneka. “Suha Kuasa Tiga!”
Mahukah Nasuha terima Suhail sebagai kawan,
apabila dia sudah ada Suhaid? Akan berubahkah satu huruf akhir di belakang nama
itu?
No comments:
Post a Comment