Tajuk Buku : Warkah Cinta Berbau
Syurga
Penulis : A. Ubaidillah Alias
Penerbit : PTS Litera
Genre : Islamic
Penulis : A. Ubaidillah Alias
Penerbit : PTS Litera
Genre : Islamic
527
m/s
Sinopsis
Belakang Buku:
Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya, salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini?
Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya, salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini?
"Jika novel
Ayat-ayat Cinta menyorot latar Mesir dari pandangan seorang mahasiswa Indonesia,
maka Warkah Cinta Berbau Syurga ini disorot dari kaca mata seorang mahasiswa
Malaysia yang menuntut di sana. Justeru tidak hairan andai latar Kaherahnya dan
suasana kehidupan para pelajar Malaysia dapat diperincikan sebegitu rupa. Dalam
lambakan karya bertemakan cinta asyik-masyuk bernafsu rendah yang boleh
mengelirukan pembaca remaja, novel cinta berjiwa Islamik begini sewajarnya
menjadi alternatif terbaik selain mampu memperkaya khazanah sastera Islam tanah
air."
LUPAKAN beberapa
watak yang tiba-tiba muncul dan tiba-tiba menghilang atau yang tiba-tiba hidup
dan tiba-tiba `dimatikan’.Saya bukan `pembaca novel’ yang baik tetapi novel ini
`memaksa’ saya untuk membaca pembuka katanya:`Cairo kurasakan
sepi tanpa surat-suratmu. Bunyi sahrawi yang mengepuk debu kering itu bagai
membawa gemersik suaramu…’ Dan, pembuka kata bersurat novel ini `memaksa’
saya untuk terus bersantai hingga kepada penutupnya yang mengusik, `Wardah…
Balqis… Maafkan aku’.
Ulasan:
Ceritanya agak
ringkas dan berkisarkan mengenai pelajar yang kurang berkeyakinan jika berada
didepan orang ramai seperti memberi ceramah dan syarahan. Amir Mukhlis mempunyai
prinsip yang amat teguh dan amat berpegang kepada ajaran agamannya. Statusnya
sebagai Penghafaz Al-Quran menjadikan beliau seorang yang amat menitikberatkan
pertuturan dan pergaulan sesama manusia terutamannya apabila berdepan dengan
kaum hawa yang banyak memberi cabaran ke atas prinsip hidupnya. Kerana prinsip
itu jugalah Wardah menganggap Amir seorang yang ego...namun hanya Amir dan Allah
sahaja yang mengetahui isi hatinya.
Sehinggalah Amir
melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Mesir, di sana juga prinsipnya
juga menjadi taruhan kaum hawa, namun Amir memang berpegang teguh kepada ajaran
Islam. Namun di saat Amir 'merasakan' sesuatu dan setelah kehilangan Wardah,
kesihatannya telah menjadi penghalang. Namun berkat doanya, Amir berjaya juga
menghabiskan pengajiannya dan kembali ke Malaysia untuk meninggalkan segalanya
termasuk seorang muslimah yang sangat mengharapkan jawapan darinya.
Amir pulang ke
Malaysia untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga, namun ibu
bapanya lebih cekal menghadapi segalanya. Jangan mengalah, tetapi terus mencuba
untuk terus hidup.
Adakah Amir Mukhlis
masih mempunyai masa untuk terus berjuang menyampaikan tulisannya? Adakah
cita-citanya ingin menjadi penulis akan terlaksana?
No comments:
Post a Comment