LAMAN UTAMA

KELAT-KELAT SAYANG


Kelat-kelat Sayang-Izzul Izzati

Tajuk : Kelat-kelat Sayang
Penulis : Izzul Izzati
Penerbit : SR Publication
597m/s
Sinopsis Belakang Buku:
Wajah manis Salina pasti bertukar warna hijau kelat setiap kali bersua muka dengan insan yang bernama Aizam Zafran. Panggilan nama yang tidak tercatat di dalam surat beranak menyemarakkan lagi api kemarahan di jiwa Salina.

"Hai, itik!"

Hampir terlompat Salina mendengar teguran yang terasa dekat sekali di telinganya. Anak mata ditalakan ke arah wajah pemilik yang menegur. Seperti biasa Aizam membuat iklan gigi tidak berbayar di hadapan matanya. Argh! Mahu sahaja dia mencabut satu persatu gigi Aizam. Kemudian dirangkai menjadi rantai itik dan dikalungkan ke leher.

"Semalam tak datang sekolah, itik deman terendam air ke?" Aizam terkekek ketawa."Eii! Anak hantu ni!" Salina menggigit bibir, tanda geram. Pagi-pagi lagi sudah membuat urat sarafnya kembang dan berangin satu badan."Tak baik tau, marah-marah dengan bakal kekasih."Aizam tersengih nakal.

Sekelat-kelat wajah Salina namun tetap manis di mata Aizam dan membangkitkan rasa sayang di hati. Namun sikap Aizam yang menyakitkan hati Salina menenggelamkan perasaan cinta sejati Aizam. Apatah lagi Salina dipertemukan kembali dengan cinta yang terlondeh di tengah jalan sepuluh tahun yang lalu. Rombongan peminangan Aizam membuatkan hidup Salina huru-hara seketika. 3 Misi pendamai perlu dilunaskan segera bagi menyekat kemaraan rombongan Aizam. Persoalan pertama. Berjayakah misi Salina? Berjayakah dia meraih cinta lamanya? Berjayakah Salina menghalang dari jari manisnya di sarungkan cincin oleh emak Aizam? Biarpun begitu perjalanan hidup Salina rupanya tidak semanis angan-angannya. Bercinta dengan A, bertunang dengan B. Mengadap tok kadi dengan C. Umpama menelan ubat, biarpun pahit namun terpaksa ditelan demi meneruskan kehdupan.

Apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya Seumpama buah manggis, biarpun kulitnya rasa pahit dan kelat tetapi isinya tetap manis dan enak di makan.

No comments:

Post a Comment