LAMAN UTAMA

MINDA KENTAL HATI CEKAL




SINOPSIS BUKU ANDA YANG BARU
Minda Kental Hati Cekal

Tajuk         :        ANDA YANG BARU
          Minda Kental Hati Cekal
Pengarang         :        Ahmad Faizal Mohamed Yusup
Terbitan    :        Alaf 21 Sdn Bhd
Genre        :       Motivasi
Harga        :       RM11.00

Buku motivasi ini memberi persepsi motivasi yang bersahaja dengan gaya bahasa yang santai dan mudah difahami oleh semua golongan. Oleh kerana Saudara Faizal adalah "orang baru" dalam dunia penulisan ini, saya cuba membandingkan karya beliau dengan karya pakar motivasi yang terkenal dan berpengalaman. Ternyata penulisannya membuat saya "terdiam" dan berfikir seketika. Cuba memahami lebih mendalam dan cuba mencari fakta-fakta untuk menyanggah namun tidak berjumpa!

SYABAS saudara Faizal! Tidak rugi membaca buku ini! Saya percaya sesuatu akan berlaku selepas membaca buku ini. Cumanya, kesan jangka panjang atau pendek kenalah yang empunya diri/pembaca fikir sendiri! Secara asasnya, buku ini mengajar kita supaya bersedia menerima perubahan. Belajar bagaimana mengadaptasikan pelbagai input dan pengisian yang diterima dengan cara yang betul bagi membentuk keperibadian diri yang hebat dan cemerlang.

Dan antara proses penerapan sesuatu nilai itu adalah melalui pengisian, pengulangan, pengukuhan dan penerapan sebelum ia dapat menyerap dan menjadi prinsip diri. Saya ingin meminjam kata-kata dari seorang pakar motivasi yang terkenal; "Berubah itu mungkin mudah tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah!"

Apapun TAHNIAH di atas kelahiran buku motivasi ANDA YANG BARU ini. Semoga saudara Faizal dapat meningkatkan lagi mutu penulisan dan semoga berjaya di dalam segala bidang serta dapat mencapai apa yang dirancangkan. Moga ALLAH merestui dan merahmati segala apa yang dilaksanakan. Bagi sesiapa yang masih tercari-cari akan matlamat hidup dan cuba menjadi DIRI SENDIRI, jawapannya ada di buku ini.

Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment