LAMAN UTAMA

Friday, February 20, 2015

Goodbye New York

GB0234 : GOODBYE NEW YORK
Penulis : Iwan Ghazali
ISBN : 978-983-097-390-2
Harga : RM 11.00 W/M & RM 12.00 E/M

Raqy (Raqiyah) merupakan anak tunggal kepada pasangan Encik Akmal dan Puan Hazirah. Dia dilahirkan dan dibesarkan di New York. Pernah sekali sahaja Raqy dibawa pulang ke Malaysia, itupun semasa umurnya 6 tahun. Walaupun fasih berbahasa Melayu, dia enggan untuk berkomunikasi menggunakan bahasa ibunda itu.

Encik Akmal berhasrat mahu membina hidup baharu bersama keluarganya di Malaysia. Raqy terpaksa akur dengan keputusan tersebut biarpun keberatan. Setibanya di Malaysia, mereka menginap di rumah saudara mereka di kampung sementara menanti urusan berkenaan selesai, Raqy berkenalan dengan Fikri sepupunya yang gemar mengusiknya.

Raqy tidak betah dengan kehidupannya barunya di kampung. Banyak perkara yang tidak disukai. Sikap Raqy yang sering membandingkan corak hidup di Malaysia dengan New York menyebabkan ramai yang tidak mahu berkawan dengannya di sekolah. Malah ia juga menjadi musuh ketat kepada sebuah kumpulan yang digelar Trio Queen.

Himpunan 20 Kisah Pahlawan Islam


1. Judul: Himpunan 20 Kisah Pahlawan Islam
2. Penulis: Khairy Tajudin


3. Tebal: 232 ms
4. ISBN: 978-983-097-410-1
5. Kod: GB0258
6. Harga: RM 12.00


Sinopsis: Himpunan 20 Kisah Pahlawan Islam ini mengisahkan 20 cerita yang berlaku dalam kehidupan para pahlawan Islam terdahulu. Kesemua kisah tersebut diolah semula dalam bentuk kreatif untuk menarik minat kanak-kanak membaca dan memudahkan mereka memahaminya.


Kekuatan tentera Islam tidak terletak pada jumlah tentera dan kecanggihan senjata. Dalam kebanyakan peperangan, jumlah tentera Islam jauh lebih sedikit berbanding musuh tetapi tentera Islam sentiasa mendapat bantuan Allah SWT. Bantuan daripada Allah akan turun atas asbab-asbab tertentu dan para pembaca akan dapat mengetahui rahsia-rahsia tersebut di dalam buku ini, insya-Allah. Semoga kita beroleh hidayat daripada Allah SWT untuk meneruskan perjuangan menyebarkan Islam sehingga hari kiamat.

Gadis Ungu Bertukar

1. Judul: Gadis Ungu Bertukar!
2. Penulis: Siti Anne
3. Tebal: 192 ms
4. ISBN: 978-983-097-420-0
5. Kod: GB0233
6. Harga: RM 10.00
7. Sinopsis:

Raihanah ialah seorang gadis berusia 13 tahun dan bersikap seperti budak-budak lelaki. Sikapnya yang nakal dan lucu memeningkan kepala ibu dan bapanya. Ayah Raihanah bekerja sebagai seorang guru sekolah rendah. Manakala ibunya pula merupakan seorang suri rumah. Raihanah mempunyai dua orang abang dan seorang adik lelaki. Pada satu ketika, ayah Raihanah dipindahkan ke sekolah yang terletak di Kampung Santubong, Kuching, Sarawak. Raihanah sedih kerana terpaksa berpisah dengan teman-temannya dan bimbang seandainya dia tidak akan mempunyai kawan di sekolah baru nanti kerana sikapnya yang kelelakian.

Raihanah mula menyesuaikan diri di kampung dan berkenalan dengan Balqis di sekolah. Balqis mempunyai sepupu yang bernama Azfar. Azfar pula bersahabat dengan Firdaus dan Ah Seng. Bermula dari perkenalan itu, Raihanah mula rapat dengan Azfar dan teman-temannya. Ragam dan kenakalan Raihanah semakin menjadi-jadi. Dia mengikut Azfar dan teman-temannya bermain bola sepak, mandi laut, memanjat pokok jambu, solat bersama jemaah lelaki dan pelbagai lagi kisah lucu yang dilaluinya bersama teman-teman.

Walaupun perwatakan Raihanah kasar, namun dia mempunyai satu rahsia besar di mana dia terlalu obses dengan warna ungu. Namun dia cuba menyembunyikan minatnya itu kerana warna ungu agak sinonim dengan kewanitaan dan bimbang akan diusik oleh abang dan adik serta teman-temannya. Ketika berkurung di dalam bilik, Raihanah sering mengenakan gaun labuh berwarna ungu yang dihadiahkan Ibunya kepadanya ketika ulang tahun hari lahirnya yang ke-12.

Kejadian solat bersama-sama jemaah lelaki dan menyembunyikan selipar para jemaah, mendorong Imam Fauzi mengadu dengan ayah Raihanah. Ayah Raihanah naik angin lantas memarahi dan memukulnya. Raihanah merajuk dengan ayahnya dan berkurung di dalam bilik. Ibunya cuba memujuknya namun Raihanah masih lagi dengan rajuknya. Dia bertanya kepada ibunya, mengapa ayahnya terlalu marah sehingga sanggup memukulnya. Ibu Raihanah memberi penjelasan kepada Raihanah. Setelah lama berfikir dan bermuhasabah diri, Raihanah telah merancang sesuatu.


Himpunan 60 Kisah Lucu

1. Judul: Himpunan 60 Kisah Lucu
2. Penulis: Abdul Wahab Paloh Nyior
3. Tebal: 168 ms
4. ISBN: 978-983-097-456-9
5. Kod: GB0270
6. Harga: RM 10.00
7. Sinopsis:

Himpunan 60 Kisah Lucu ini menceritakan himpunan kisah pelik Juha. Semua kisah ini berkait rapat dengan seluruh aspek kehidupan manusia. Antaranya ialah kisah tentang orang kaya dan miskin, tentang orang pemurah dan bakhil, tentang wanita dan kanak-kanak, tentang pemuda dan orang tua, juga kisah tentang penjual dan pembeli. Semua orang yang membaca kisah-kisah Juha ini pasti akan berasa lapang dan gembira.



Remaja Harapan



Remaja Harapan
ISBN: 978-983-097-280-0/
Hilal Ayraf/
184ms/RM12/GB0105

Mengisahkan watak utama, Megat Iskandar Asyraf, berumur 11 tahun berusaha untuk cemerlang di dalam USPR. Kisahnya tiada banyak konflik. Sekadar beberapa cerita yang memberikan inspirasi kepada anak-anak kecil untuk belajar bersungguh-sungguh dan tidak cepat kecewa.

Terdapat banyak sirah-sirah nabawi dan para sahabat diselitkan dalam cerita ini untuk mengiringi langkah-langkah kejayaan si kecil. Lebih ‘ringan’ daripada Remaja Mulia yang kelihatan ‘berat’.

Kelebihan Novel Remaja Harapan ialah berisu ringan, ringkas, tetapi padat. Tidak sepanjang Remaja Mulia. Sesuai dibaca oleh pelajar tahun 5 hingga tingkatan 3.
Ibarat cerita dalam cerita, apabila kisah nabawi mengiringi perjalanan si kecil. Dia akan sentiasa teraspirasi dengan kisah-kisah para sahabat dan Rasulullah yang gigih. Ini juga ibarat buku motivasi ringkas kepada anak-anak.

Tuesday, February 3, 2015

Daily Conversation In Mandarin

Daily Conversation In Mandarin
Author: Ong & Chia
Published: RP2008
ISBN: 983-72-0566-0
Price: RM 12.50

            
Daily Conversation In Mandarin is a user-friendly handbook with Romanized Mandarin, designed specially for those aspiring to learn Mandarin quickly.

This book contains 14 chapters. Each chapter carries various dialogues, vocabulary exercises and speaking practice for any person who wants to speak fluent Mandarin. This will be an ideal guide book for travellers and those who intend to converse in Mandarin systematically.